The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

Syazwan: Saya Gembira Boleh Berlatih Dengan 'Normal' Semula

Jul 21, 2020 - FAS

Pasukan utama Selangor yang telah memulakan latihan bersentuhan fizikal (contact training) berdasarkan prosedur dan SOP Sukan Fasa 3 dan 4  mulai minggu lalu nyata memberikan kelegaan dan kepuasan baik bagi pemain dan pegawai kelab ini.

 

Syazwan Zainon, pemain sayap kiri Selangor menyatakan kegembiraan beliau dengan kelonggaran yang diberikan kepada kancah bola sepak di Malaysia.

 

“Saya sebagai pemain bola sepak berasa sangat seronok bila dapat berita boleh berlatih seperti sedia kala,” kata Syazwan Zainon.


Menurut Syazwan sudah bersama Gergasi Merah sejak musim 2018, latihan yang dirangka oleh pasukan kejurulatihan Selangor amat penting dalam menyediakan pasukan sebelum Liga M yang dijadualkan bersambung semula mulai 28 Ogos ini.

 

“Kita sudah pun mulakan latihan penuh seperti biasa minggu lalu bagi membuat persiapan sebelum Liga Malaysia kembali nanti,” tambahnya lagi.

 

Pasukan Selangor kini berada di tangga ke-6 Liga Super Malaysia setelah berjaya mengumpul 5 mata dari 4 perlawanan dengan merekodkan satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.